Thursday 16 June 2011

SEKAPUR SIREH



Dari Pengerusi Anggota Lembaga,
Tn Hj Mohd Mukhtar Bin Hj Omar,pjk.

Petikan dari ucapan dasar beliau semasa Mesyuarat Agong Koperasi Kali Ke-30 pada 09hb. Jun 2011.

·         Kekuatan koperasi ini berlandaskan semangat kerjasama yang erat dikalangan Anggota Lembaga dan Pentadbiran Koperasi. Ianya ibarat ‘Aur dengan tebing’ yang saling memerlukan antara satu sama lain.
·         Bebarapa Koperasi Pekebun Kecil dinegeri Kedah telahpun gulung tikar, setengahnya tidak lagi mampu berdaya saing. Alhamdulillah, Koperasi ini didalam kelumpok kecil yang dapat bertahan serta mendapat keuntungan dan dapat pula membayar dividen sebanyak 6% kepada Anggota, membayar honararium kepada Anggota Lembaga disamping membayar bonos sebulan gaji kepada semua kakitangan Koperasi.
·         Terima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga RISDA yang selama ini telah memberi kerjasama yang erat kepada Koperasi.
·         Koperasi telah menjalankan 2 projek baru yang menjana keuntungan pada tahun 2010 iaitu TSB Sawit Sg Taka seluasa 50 ekar dan Projek Restoran di Kulim Inn, Kulim,Kedah.
·         2 lagi projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2011 iaitu Projek Pusat Timbang dan Projek Semaian Anak Sawit.

No comments:

Post a Comment